Tuesday, June 19, 2012

Rahsia Titanic .


Setelah hampir satu abad kapal mewah Titanic karam di Lautan Atlantik, kini satu rahsia baru telah terungkap yang boleh mengubah kisah sedia ada tentang bagaimana kapal tersebut tenggelam.
Kapal Titanic telah melanggar bongkah ais pada tahun 1912 kerana kesalahan asas pengemudi (steering), dan ianya tenggelam sebegitu cepat kerana pujukan oleh seorang pegawai agar Kapten kapal meneruskan pelayaran, menurut keterangan seorang penulis dalam sebuah wawancara .
Louise Patten, seorang penulis yang juga merupakan cucu kepada pegawai kedua tertinggi di Titanic, Charles Lightoller, memberitahu bahawa kebenaran tentang apa yang terjadi hampir 100 tahun yang lalu telah disembunyikan kerana takut ianya mencemarkan reputasi datuknya, yang kemudiannya dianggap sebagai pahlawan.
Lightoller, pegawai paling senior yang terselamat daripada kemalangan tersebut, telah menyembunyikan kesalahan tersebut ketika disoal di kedua-dua bahagian Atlantik kerana bimbang ia akan menyebabkan pemilik kapal itu jatuh muflis dan bakal mengakibatkan rakan-rakannya dibuang kerja.
“Mereka sebenarnya boleh mengelak dari bertembung dengan bongkah ais tersebut jika tiada kesalahan tersebut,” kata Patten kepada Daily Telegraph.
“Sepatutnya steering Titanic dipusing ke arah kiri bongkah ais tersebut dengan selamat, namun setelah melihat jalan mati di hadapan, pengawal steering, Robert Hitchins menjadi panik lalu memusing ke arah yang salah.”
Patten juga menyatakan bahawa pengalihan dari kapal layar kepada penggunaan enjin stim menunjukkan kapal tersebut mempunyai dua sistem steering. Sistem pertama adalah untuk tujuan pembelokan satu hala, manakala yang kedua adalah untuk arah yang bertentangan.
Apabila kesalahan telah dibuat, Patten menambah, “mereka hanya mempunyai empat minit untuk mengubah arah, dan saat pegawai tertinggi William Murdoch menyedari kesalahan yang dilakukan Hitchins, beliau cuba memperbetulkannya, tetapi sudah terlambat.”
Datuk kepada Patten tidak melihat saat pertembungan berlaku, tetapi beliau menghadiri mesyuarat terakhir para pegawai kapal sebelum kapal tersebut tenggelam. Di situ beliau telah terdengar bukan sahaja tentang kesilapan pengendalian steering, tetapi juga mengenai bagaimana J. Bruce Ismay — pengerusi kepada pemilik Titanic, iaitu White Star Line telah memujuk kapten kapal supaya meneruskan pelayaran, yang ternyata menyebabkan kapal tersebut karam lebih cepat daripada yang sepatutnya.
“Seandainya Titanic tidak bergerak ketika itu, kapal tersebut mungkin mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga kapal penyelamat tiba dan tiada seorang pun yang perlu terkorban,” kata Patten lagi.
RMS Titanic merupakan kapal penumpang terbesar di dunia ketika ianya meninggalkan Southampton di England menuju ke New York pada pelayaran pertamanya pada 10 April 1912. Selepas 4 hari pelayaran, ianya telah bertembung dengan bongkah ais dan tenggelam bersama lebih 1,500 penumpangnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...